Popular Posts

Wednesday, 7 March 2012



RINDU KAMU YANG DULU;(


Betul tak, manusia cepat sungguh berubah?
Sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, sedekad, seabad, sekurun…
Manusia berubah.
Dan yang merubahnya ialah Dia.
Tentu Dia ada sebab kenapa hati kita berubah dari hari ke hari?
Ya, aku rindu kamu yang dulu.

Itu introduksinya.
Masih ingat lagi kamu yang dulu.
Kemesraanmu, kegiranganmu saban hari.
Aku tunggu tak jemu-jemu hingga hari ini.
Namun, ia hilang!
Sungguh aku rindu kamu yang dulu.
 Sekarang, ya sekarang.


Kamu masih di situ.
Namun kenapa aku yang rasa kamu dah berubah?
Sedikit demi sedikit.
Mesranya kamu lenyap, girangnya kamu lesap!
Kenapa, kenapa dan kenapa?
Siapa yang ragut kegembiraan kita?
Percayalah, aku rindu kamu yang dulu.

Aku selalu perhatikan kamu dari jauh.
Jauh, ya jauhnya beribu batu namun ternyata hati ini dekat seinci, malas senafas.
Akurnya aku kamu dah berubah.
Berkali-kali aku cuba nafikan.
Namun tidak, ternyata kamu sudah berubah.
Malah aku, di sini terlalu lama berharap.
Aku rindu kamu yang dulu.

Ingat lagi?
Hilaian tawa mengisi hari-hari terakhir sebelum kamu berubah.
Aku senyum sendiri, aku pasti kamu juga.
Kamu dah berubah.
Hati menjadi tawar, lidah menjadi kelu.
Untuk katakan aku rindu serindunya kamu.
Benar, aku rindu kamu yang dulu.

Ya, sungguh, percayalah, benar…
AKU RINDU KAMU YANG DULU!

aku tujukan khas buat seseorang yang sentiasa aku akan ingat kehadirannya. 

Lumrah, hati manusia mudah berbolak balik kerana Allah yang menjaganya. Doa aku untuk kita semua ->
“Ya Allah Tuhanku, yang merubah kalbu, tetapkanlah hatiku. Moga sentiasa dalam agamaMu, jua taat akan perintahMu”




credit 2 blog cik pija kami sangat suka karya hampa nih..:)

No comments:

Post a Comment